Monday, December 20, 2010

Penantian




Sehidup semati aku berjanji,
Akad nikah ikatan murni,
Janji terukir aku tepati,
Demi teruna bergelar suami,

Lara hati mekar berbunga,
Puas dinanti tak kunjung tiba,
Harapan menggunung sentiasa bersama,
Pungguk menanti bulan setia,

Bantulah aku wahai pencipta,
Jauhkan zina jauhi neraka,
Terus aku terus meneka,
Gerangan dia raja kesuma,

Menanti aku disini menanti,
Ingin bergelar seorang isteri,
Masih suci masih berseri,
Untuk lelaki pemilik hati...

Saturday, December 11, 2010

close to...

tak sangka sudah hampir setengah tahun aku bekerja...sekejap saja masa berlalu...selama itu juga aku kurang menulis blog...hmm...hari ni baru terlanjur untuk menulis sesuatu...

aku kini masih menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja juga tempat baru aku menetap...cuba untuk memahami keadaan di sana..untuk hidup sendiri, aku sudah terlalu biasa....di rumah aku seharian sendiri...masih tiada housemate...huhuh...bila di tempat kerja..jadual yang tidak menentu menyebabkan aku selesa untuk bersendiri...tapi pasti tak lama dalam kesendirian sebab ada sahaja yang ingin mengetuk pintu bilik...itu bukan satu masalah bagi aku...selagi ada manusia2 yang inginkan ilmu yang aku ada...tak lokek untuk aku memberi...kalu disimpan apa untuknya kan??menyentuh tentang apa yg aku makan...jgn ditanya..masak memasak ni hujung jari saja tapi jangan dipersoalkan apa nama masakannya...sesedap rasa aje..janji perut kenyang..hehehe...gitu la idup sendiri..tidur aku tiada yg tetap...kalu mata mengantuk pukul 8,8 jugak terbongkang...kalu terjaga lewat malam, perut pula berbunyi...tidak dikira orang tidur...masak jugak aku makan..

yang paling tidak terurus,keta aku la...sekejap ujan sekejap cerah...jadi keputusan terbaik..color putih saga bertukar jadi teh susu...hahahah...org kata perempuan jaga keta....tapi aku..hampeh...tak dak maknanya..sabar yea cek pooh..bukan salah saya tak mandikan kamu tapi ujan yg salah...heheh

utk pengetahuan semua...semakin ramai juga kawan2 aku mula mendirikan rumah tangga..agaknya sudah bosan untuk sendiri..hahha..aku?tak bosan ker??tapi syok juga dieorang kawin sbb aku blh jumpa kawan2 lame..kawan sek rendah yg dah berpuluh taun tak jumpa pun boleh bersua balik...masa tu mula la tanya macam2...siap bergambar sbg kenangan...bkn senang nak berkumpul semula..nak harapkan re-u..ada saja masalhnyer..kekangan beratur aje...isk3...

lepas ni...mintak2 la aku rajen menulis skit...boleh jadikan ingatan tuk selamanya...doakan yok!!

Tuesday, September 14, 2010

start new life again...

Oh God, i have to start new life again...everything will be new again...again and again...i'm tired to do so cause i wanna routine for several years before start new life...unfortunately, this will not happen to me...lots of changes sometimes bother me...oh, why this keep happen to me...why???please, Allah, i'm pray for you with humble...please love me and keep me in calm always so that i can face everything with full of strength

Monday, August 30, 2010

Saturday, August 28, 2010

tolong paham!!

bulan posa ni...mmg banyak sungguh dugaan hidup...masa ni la pun keta baru nak bercalaq...mmg bengong betui la org yg buh keta tepi tembok ni...agak2 ler nak letak keta pun...cube ke dlm skit...tak la pulun aku nak mengelak tembok kena keta ko...ikut kan hati...nak aku pancitkan tayar keta ko...naseb bek sama2 dah calaq...puas ati aku!! cuma skg sakit mata nak tgk keta yg bercalaq itu...tp life still go on...so lantak ler...hahahah

Wednesday, August 18, 2010

Fasa Baru

Pada umurku 23 tahun, aku telah melakukan perubahan dalam kehidupanku. Dari fasa alam pengajian ke dunia pekerjaan. Fasa itu telah membawa satu pembaharuan dalam hidupku. Dulu, aku sentiasa berkejaran ke sana ke mari utk menyiapkan assignment dan study. Masih ada kawan-kawan utk enjoy bersama, bergosip. Sekarang, tiada assignment yg perlu disiapkan tapi ada lecture notes dan tutorial yang perlu dilihat dan diajar kepada pelajar. Dulu juga, masa tidurku tidak penah teratur. Tapi sekarang, tepat pukul 12 atau seawal pukul 10, aku dah tidur walaupun aku pegi keja pada pukul 9 pg. Heheheeh....bertambah masa tidur.

Skg,aku dah ada office, keta and rumah sewa sendiri. Perbezaan masa antara aku tamat belajar dan aku mula bekerja hanyalah 2 bulan. Dalam masa 2 bulan semua dah berubah. Hmm...aku pun tak sangka aku dah berada di tempat aku sekarang. Namun, apa yg penting, misi utk menyambung master masih belum tercapai. Harap-harap, bila semua dah stabil, misi itu akan jadi kenyataan.

P/s : tolong doakan aku utk kejayaan hidupku.
: nanti aku upload gmbr office n keta aku...

Wednesday, July 7, 2010

bila hati kecil berbisik...



Tatkala malam bermelodi tanpa lirik,angin dingin menerjah dari tabir sepi. Sesaat itu, hati kecil ini berbisik, adakah masih ada secebis kasih dihatinya..Adakah masih ada sekumit harapan untuk dia kembali kepadaku. Bila hati kecil ini berbisik, sesuatu telah berlaku tanpa sedari. Hati kecil tidak pernah berbohong. Benar, ia telah terjadi. Puas ditangisi. Puas dirayu. Tiap detik kenangan dirobek semula. Bibit cinta dititip sejalur dengan gerak nada. Namun, tiada kata berbalas. Tiada senyum berbunga. Dia terus berlalu. Nokhtah kepada setiap ayat. Jatuh aku bersujud kepada-Nya. Cinta Allah tidak berbagi. Terus aku menangis tanda gembira. Masih ada sinar harapan untukku. Tulus ikhlas aku kembali kepada-Nya.

Monday, June 21, 2010

sukar utk memahami

ternyata bkn mudah utk memahami seseorang malah sukar utk membuatkan seseorang itu memahami....apabila perkara ini berlaku...tindakan terbaik utk menjaga hati adalah diam dan terus diam...sepatutnya perbincangan berlaku supaya masing-masing berusaha utk memahami tetapi pendekatan diam digunakan...lalu bicara terputus...lara hati merebak..langsung cerita itu dikatakan akan bersambung...persoalannya bila??bagaimana??

Sunday, June 13, 2010

hari bapa

hari ni...aku n family smbt father's day...kiteorang gi makan kat pizza..sblm tu beli kek kat kedai kek cinta sayang...sedap kek die...kat pizza ramai gilos...aku tak makan pizza pun...tak terasa nak makan da...makan mussroom soup jer...pastu tempura calamari ring...tu pun dah kenyang sangat....siang tu aku gi kenduri kawin kawan aku kat dewan dekat ngn umah aku jugek...pelamin die mak ai...cantik ooo...set puteh n coklat skit2...baju die yg best...calor oren tu...mmg len skit baju die..nmpk mewah...heheh...makin ramai kawin ni...wa...mencabar...smlm sakit perut teramat...naseb bek rini dah ok...dah blh makan mcm2 balik...syukur3...

Thursday, June 10, 2010






sekarang byk sgt kenduri kawin kan...ini koleksi baju putih yang digooglekan..

Sunday, June 6, 2010

anda dan diri anda


petikan ini diambil daripada kajian Dr. Fadhilah Kamsah..sama-sama kita mengenali diri kita sendiri dan orang lain..walau bagaimanapun anda tetap perlu percaya kepada diri sendiri...


JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan- angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungankepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapisiapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik.

OKTOBER

Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa Berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

Saturday, June 5, 2010

lagenda budak setan

"lagenda budak setan" filem bertemakan cinta yang mempertaruhkan farid kamil dan lisa surihani sebagai penggerak cerita dibantu fazura dan que haidar...filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel yang begitu laris sebelum ini..kalau sesiapa yang pernah menghayati novel ini pasti akan tertarik untuk menonton filem yang telah keluar di pawagam pada 3 Jun 2010.

setelah menonton filem ini apa yang dapat aku simpulkan jalan ceritanya mmg sangat menarik dan tragis...begitu banyak dugaan dan cabaran yang diharungi oleh kasya dan ayu demi memeterai ikatan cinta mereka.walau bagaimanapun cara jalan cerita itu dipersembahkan amatlah terbatas...maksud terbatas di sini...scene untuk sesuatu situasi amatlah pendek...contohnya untuk menghayati kesedihan yang begitu meruntun jiwa kasya...betapa sukarnya perjalanan hidupnya untuk mendapatkan cinta ayu amatlah terhad sehinggakan belum sempat saya sebagai penonton untuk bermain dengan emosi sendiri...terpaksa beralih kepada peristiwa yg baru...

namun lakonan que haidar dan fazura begitu meninggalkan kesan..saya dapat merasakan pergolakan dalam diri que haidar yang dahagakan cinta ayu tetapi diketahui bahawa tiada ruang utk dirinya pada ayu..kerana tidak dpt mengawal tahap obsesi dan cemburunya...ayu menjadi mangsa...begitu juga fazura yang jatuh cinta pada pandangan pertama terpaksa memendam cinta agungnya pada kasya demi kebahagiaan orang yang disayangi...

iringan lagu yang dipilih sangatlah bersesuaian kerana begitu tinggi nilai kata-kata yang terbit dari liriknya..

p/s:ape saje komen disini,teruskan menonton filem melayu!!

Thursday, May 27, 2010

i'm kissing you...



Pride can stand a thousand trials
The strong will never fall
But watching stars without you
My soul cries

Heaving heart is full of pain
Oooh, oooh, the aching
'Cause I'm kissing you, oooh
I'm kissing you, oooh

Touch me deep, pure and true
Give to me forever
'Cause I'm kissing you, oooh
I'm kissing you, oooh

Where are you now
Where are you now
'Cause I'm kissing you
I'm kissing you, oooh

Friday, May 21, 2010

yes!!

result last degree aku dah kuaq!!aku dah rasa berbaloi ngn ape yg aku usahakan..walaupun last2 yer tu aku banyak men...tapi alhamdullilah...aku tetap berusaha...dpt ler berapa banyak aku usaha tu...whateva is...aku tersangat gembira...tak sia2 usaha 4 tahun ni...menebus kekecewaan masa spm...dr matrik smp u aku terus berusaha smp sentiasa dpt dean list aje..x sabar nak merasa konvo sebenar sekarang..doa2 la moga2 aku smbg master dengan jayanya...one more thing...doa2 la ada org yg sangat syg kat aku...heheh...

Saturday, May 8, 2010

Sunday, May 2, 2010

tips memujuk...

apabila berkasihan...pasti perkataan "merajuk" akan muncul..bagi yg biasa berkasih...merajuk adalah perkara biasa...keadaan merajuk wujud berdasarkan sebab2 tertentu...

1.cemburu
2.terkilan/terasa hati
3.menginginkan belaian daripada tersayang
4.tidak dapat sesuatu yg diingini

jika pasangan anda merajuk...atau menunjukkan tanda2 yg die sedang berubah perasaan...maka seharusnya anda lebih peka terhadap keadaan tersebut supaya anda cepat2 mencari penyelesaiannya...caranya sangat la mudah...jika anda peka dan terus melakukan beberapa tindakan yg dapat meraih kembali rasa cinta dan sayang...pasti pasangan anda akan kembali normal kerana kasih sayang yang utuh akan melenyapkan rasa marah dan sebagainya...

di antara tips untuk memujuk ialah :

1. terangkan perkara sebenar dengan lembut dan baik...banyakkan bersabar kerana pasti berlaku perbalahan sebentar sementara pasangan anda cuba memuaskan hatinya bahawa anda sayang padanya dan tiada org lain di hati anda.

2.banyakkan bertolak ansur dan cuba mendengar rintihan hatinya..kemudian buat keputusan yang bijak dan logik..boleh diselitkan humuor supaya dapat mengurangkan ketegangan.

3.gunakan perkataan manja dan kata-kata cinta supaya hati pasangan anda kembali mekar dengan cinta anda..jangan malu atau segan untuk menunjukkan perasaan yang lahir dari hati anda kerana pasangan anda pasti merasa lega apabila mengetahui dengan jelas bahawa anda mengasihinya.terkadang ayat2 power itu akan menghangatkan lagi hubungan anda..

sentiasa menyelesaikan masalah dengan sabar dapat memastikan hubungan anda berpanjangan...jgn mudah berputus asa jika anda benar-benar yakin bahawa itulah pasangan anda..buruknya harus diperbetulkan dengan kata-kata halus dan memuji..yg baik harus diperkatakan supaya pasangan anda sentiasa cuba melakukannya..

Friday, April 23, 2010

it's end


ari ni ari terakhir aku kat utm skudai sebagai pelajar sarjana muda sains serta pendidikan(matematik) or SPM...ari ni aku bakal meninggalkan semua pahit manis yg berlaku sepanjang 4 tahun yang aku lalui bersama 23 orang pelajar SPM...ari ni aku bakal meninggalkan semua penat lelah yang aku usahakan demi segemggam ijazah...ari ni tamat segalanya...namun harapan aku agar kenangan itu tidak pernah hilang...tidak akan meninggalkan aku kerana itu sahaja yg mampu aku abadikan tanpa jemu...4 tahun setelah dilalui rasa sekejap sahaja...tp pelbagai pengalaman yang telah ditempuh..setiap jam, setiap minit setiap saat penuh dengan kenangan...kenangan bersama kawan-kawan yang aku rasakan baru semalam aku kenali...baru semalam kami bergelak ketawa...baru semalam kami menghabiskan masa bermain volley...makan di cahaya...belajar di c14,c15,c22...hmm...bila terkenang kembali...inginku kembali ke masa itu..tp aku percaya...masa ke depan pasti menjanjikan sesuatu yg lebih bermakna...cuma di sini...aku harapkan SPM akan terus utuh di hati...dedicate to all SPM, farid,jenal,syamim,chin,chee,fong,kema,ema,li,ikin,tikah,kak jun,yasmin,siti,nisaq,as, ain,fid,piah,zainora,ana dan y...semoga kita tidak pernah lupa utk terus mengutuhkan persahabatan ini...

Saturday, March 27, 2010

aku keliru...terus keliru...masih keliru....

aku merasakan kekeliruan telah menjadi kawan karibku buat masa ini....aku ingin tinggalkan kekeliruan tapi aku x mampu...kekeliruan terus menemaniku di masa siang mahupun malam...aku masih cuba mengatasi kekeliruan ini tanpa meminta bantuan sesiapa tetapi aku bakal mengalah tidak lama lagi apabila aku mula menemui kebuntuan dalam menyelesaikan kekeliruan...maka hanya Yang Satu dapat membantu aku...lalu akan aku aturkan masa yang sesuai supaya ketenangan menjadi milik hatiku kembali...halamak...kalu korang baca ni mesti pening...adoiya...tapi mmg aku tgh penin pun...ada 2 3 masalah yg x selesai lg...harap2 korang doakan aku yea...

Sunday, March 7, 2010

patri-jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Friday, March 5, 2010

what'up...what'up...

dah lama aku x tuleh apa2 ek...
rini baru cam ada masa skit...bkn nya apa..satu sbb intenet kat kolej aku ni kadang2 demam,sakit perut la...sakit pinggang la...skg ni baru sehat skit...
well...sejak akhir-akhir ini...mmg sangat busy...tahun akhir katakan...sibuk wat projek la...assignment la...test la...terkejar sana terkejar sini...kadang2 hapi...kadang2 sedey pulak..time tension habes tu..mmg la rasa cam nak humban semua org dlm longkang...

hari ini mmg hari aku berehat saja...aku bgn pg...eh bukan pagi dah....tgh hari terus..heheh...pastu makan la apa lg...perut dah nyanyi lagu rap dah...pastu aku tgk muvi...muvi menari-nari...so kaki aku pun jadi ringan la...sbb nak menari jugak...hehe..aku rasa kena amik kelas menari jugak nanti...pastu terus men volley...
cerita pasai men volley ni...aku n budak kelas aku dah men volley sejak taun 1 lagi...masa tu men mmg semua xpandai pukul bola...penat bkn sbb men tp penat kejar bola luar court.tp sekarang semua dah mantap dh...kurang sgt bola ke laut...mmg sangat best dah men...tp makin ramai pulak org nak berebut court ngn kiteorang....
mula-mula ngn pak arab...pastu ngn budak laki...pastu ngn makcik2 pulak...
bila kiteorang dpt court dulu...kiteorang mmg x bg org len men...masa dioerang dpt court...kiteorang pun x men kat situ..tp mulut tak puas ati je yg men...hehhe...sama la jugak dioerang yg x dpt court...mulut pun bejalan jugak...

entah la apa yg nak dikatakan di sini...sifat tolak ansur tu xwujud agaknya...atau siapa salah siapa betul...aku pun confius...salah tapi tak salah...betul tp x betul..hmm...renung-renungkan....

Saturday, February 6, 2010

sudut novel : benci tp sayang....

Luluh hati Alisya apabila mengetahui seseorang yang dia sangat sayangi mendustai sesuatu. Bertambah rumit apabila diketahui daripada orang lain. Dia tidak memberi reaksi semasa menerima perkhabaran itu ketika berhadapan orang ramai tetapi hatinya terus menangis tidak berlagu. Apakah benar semua ini? Hatinya cuba menidakkan perkara itu tetapi dia tidak dapat menahan lagi. Lalu diberitahui orang yang disayangi itu melalui sms. "Jangan ko kacau hidup aku lg...aku benci ko...aku tak suka ko...pegi ko dari hidup aku..." Alisya menangis sendirian. Kemudian sms berbalas. "what do you mean?. Alisya semakin marah dengan sms yang diterima. Lalu diluahkan segala kemarahan itu. Sebenarnya kemarahan itu diselangi dengan perasaan sedih dan sayang. Tapi ternyata orang yang menerima sms itu tidak dapat membaca isi hati Alisya.

Alisya terus terpaku dan merana menerima sms seterusnya. Dia terus dimaki hamun dengan alasan Alisya menuduh si penerima sms. Alisya cuba kembali bersikap rasional. Sayang dan kasih Alisya tidak pernah hilang. Si dia tidak menyedari semua itu. Lalu Alisya menerima semua sms itu dengan redha. Alisya masih mengharapkan si dia cuba menidakkan semua itu tetapi tetap tidak berhasil. Alisya mengeluh hampa dan tamatlah perhubungan yang dia bina selama bertahun lamanya. Dengan perasaan sedih teramat sangat, Alisya bertekad berlalu pergi...

Sunday, January 31, 2010

it's complicated...

sejak aku ada blog ni...aku akan cerita sesuatu yang aku rasakan perlu dimuatkan kat sini sebagai sesuatu yang berharga utk aku kenang...aku juga berharap orang lain boleh menikmatinya sebagai penyeri hidup...hidup ini akan sempurna jika masing-masing cuba berkongsi...tak kirala kongsi apa pun...dan aku nak kongsi cerita aku dengan semua...

aku rasa semua dah biasa dengan status "it's complicated " dan aku dah biasa dengan status "single"...heheh...namun aku x sangka aku sebenarnya dalam situasi status yang pertama...hmmm...apakah penyebabnya???

aku berkenalan dengan mr.smartiebs sejak 7 tahun yang dulu...lamakan...mula-mula aku kenal die,die tgh couple dgn junior...aku baru je muncul dalam dunia die...aku xkenal sesiapa pun...die la org pertama tegur aku...aku x biasa dengan kaum bkn sejenis...tp aku selambe jer...sepanjang aku kenal die...die ni mmg pelik.....sangat baik sbg kawan tp time angin datang...hoho..cam halilintar...dalam 7 tahun itu..mmg x terkira la aku kena maki hamun..dan sangat pelik seminggu lepas aku kena camtu..die wat2 mcm xpernah berlaku semua tu...padahal aku ni makan hati ulam jantung kot...bila start msg gak, kami kerap bergaduh...masing-masing xnk kalah..kemudian dua-dua diam sbb sakit ati...hahahah...tp persahabatan kami x pernah putus...semua benda aku cita..die pun sama..sapa aku keluaq..sapa aku date...semua aku cita..die dengar je...bila masa aku putus cinta,die jugak jadi pendengar yg setia...same gak die...die cita pasal awek die..apa die wat..masalah die.. pernah satu ketika kami sama2 single..dan kami jadi rapat sangat smp mcm bercinta...tp kami sedar...kami sesuai jadi kawan shj..dan kami terus berkawan seperti biasa..kawan2 aku ingat kami couple sbb msg kami mmg loving...hahah...padahal tak langsung...pelik kan..mcm mana 2 jantina berbeza blh bersahabat tanpa bercinta...hmm...

bila die start keja jauh...kami jarang sms n tepon dah...aku rasa sunyi sangat...sebb bila aku da masalah,dah xde org nak dengar masalah aku...aku recovery sendiri je...kadang2 aku msg die yang aku tau die tak kan balas sbb line xde..cuma aku harap die terima msg tu dan ingat kat aku...satu2 masa...aku rindu sgt kat die...dan pada ketika itu, aku mula fikir apakah takrifan pada hubungan kami??aku rindu,aku sayang..tp kami kawan...hurmm...die pun ada awek..aku pernah tanya die, apakah perasaan sayang dan rindu aku ni beerti dan jawapan die sama dengan aku...die juga sangat sayang dan rindu dekat aku..lalu aku bertanya lagi..apakah maksud hubungan ini??lalu jawapannya it's complicated...perhubungan yg tiada takrifan tepat...

aku pernah terfikir adakah aku perlu lanjutkan kasih sayang ini...tp aku xnak jadi perampas sbb aku juga perempuan yang tak suka memutuskan hubungan orang lain atau menimbulkan kekacauan terhadap kasih sayang org lain...yang penting aku pernah cemburu akan die dan die juga begitu...aku sedar akan itu..tp kami tiada jalan penyelesaian...lalu,aku mengambil keputusan utk mengundur diri walaupun aku sayang akan berhubungan ini...demi kebaikan semua..aku undur diri... adakah betul tindakan aku??

Friday, January 15, 2010

i miss....

i miss :

1. days that left behind without values
2. my late best friends who always beside me
3. someone who has been with me before
4. knowledge that has been forgotten
5. myself who always strong in every way
6. my mum and dad and times when i were their sweet child

finally....i miss u...

Friday, January 8, 2010

aku wanita biasa...

apabila aku berada dalam situasi aku wanita biasa yang mungkin pernah terluka dalam percintaan...aku mulai takut untuk memikirkan perkataan "cinta" sekali lagi...perkataan itu buatkan aku keliru sama ada masih wujud "cinta sejati" untuk wanita biasa seperti aku...bukan sekadar bercinta untuk merasakan nikmat berdua atau tidak kesunyian tetapi bercinta dengan meletakkan kasih sayang yang utuh di tempat yg paling tinggi antara dua hati...sukar untuk berjauhan daripada kenangan lalu kerana sekali lagi aku wanita biasa..dan kenangan itu pula menjerat aku untuk terus bergelumang dengan kasih yang mungkin sejati...tetapi kekerapan memikirkan ianya tidak akan sejati menyebabkan aku cuba melarikan diri dari keadaan itu....

Ya Allah, semoga engkau tetapkan hati ini dan percaya akan sesuatu yg mungkin terbaik untukku...maafkan aku jika aku masih belum teguh mempercayai hati ini....

Tuesday, January 5, 2010

ini saja yg aku miliki




hari ni aku menginjak ke 23 tahun...dan frog menjadi peneman aku tuk taun ini...thanks to kawan2 yang terawal wish kat aku n my adik n angah...terasa diingati n terharu...wa....touching pulak...so kita tunggu esok...who next to wish...go go sue oren!!

Monday, January 4, 2010

2010

masuk taun ni...aku belum tuleh blog lagi ek...sebab aku sibuk bercuti kat umah...semua benda aku lupa dah...aku ingat umah saja...ngehngeh...taun ni aku pun x tau apa nak jadi...tp aku harap kehidupan aku akan menjadi yg terbaik la..aku nak parents aku bahagia,kawan-kawan aku gembira...

taun ni jugak akan menyaksikan sama ada termakbul untuk aku bertemu kembali budak2 paderem...kemudian, kak aku akan berkahwin atau tak...aku akan bekerja or belajaq...kot2 ada sepupu aku nak kawin ka x tau lg la...

pasai aku x tau la ada kelainan ke taun ni...kena bersabar yea....status masih single n available...masih tinggi dan kurus jugak...heheh...muka pun masih x licin lg pun...huhuh....

k la...diharapkan taun 2010 menjanjikan sesuatu yg bermakna yea...dan taun 2011 mesti berlaku sesuatu...heheh...perkataan "mesti" yg x leh belah tu...sebab...tut

cam bahagia sekejap...

aku selalu rekemen kat mak aku ni...die ni susah skit bab menantu die ni...byk yg aku rekemen kena reject...kali ni aku rekemen mr heyome..x reject pulak...aku pelik la jugak sbb ini pun x masuk senarai pilihan die...mr heyome ni xjauh la duknya...aku kenai pun melalui chatting...tp orang kata,jangan pecaya sgt chating2 ni...kang makan diri...banyak keburukan dr kebaikan...adik aku sokong je mr heyome sbb die punya pakwe pun kenai chatting gak...hahah...aku tgk muka mr heyome ni cam pisang tau...bentuk pisang...hahah...pelik tp benar...adakah aku dgn mr heyome??tunggu la ek...