Saturday, June 5, 2010

lagenda budak setan

"lagenda budak setan" filem bertemakan cinta yang mempertaruhkan farid kamil dan lisa surihani sebagai penggerak cerita dibantu fazura dan que haidar...filem ini diadaptasikan daripada sebuah novel yang begitu laris sebelum ini..kalau sesiapa yang pernah menghayati novel ini pasti akan tertarik untuk menonton filem yang telah keluar di pawagam pada 3 Jun 2010.

setelah menonton filem ini apa yang dapat aku simpulkan jalan ceritanya mmg sangat menarik dan tragis...begitu banyak dugaan dan cabaran yang diharungi oleh kasya dan ayu demi memeterai ikatan cinta mereka.walau bagaimanapun cara jalan cerita itu dipersembahkan amatlah terbatas...maksud terbatas di sini...scene untuk sesuatu situasi amatlah pendek...contohnya untuk menghayati kesedihan yang begitu meruntun jiwa kasya...betapa sukarnya perjalanan hidupnya untuk mendapatkan cinta ayu amatlah terhad sehinggakan belum sempat saya sebagai penonton untuk bermain dengan emosi sendiri...terpaksa beralih kepada peristiwa yg baru...

namun lakonan que haidar dan fazura begitu meninggalkan kesan..saya dapat merasakan pergolakan dalam diri que haidar yang dahagakan cinta ayu tetapi diketahui bahawa tiada ruang utk dirinya pada ayu..kerana tidak dpt mengawal tahap obsesi dan cemburunya...ayu menjadi mangsa...begitu juga fazura yang jatuh cinta pada pandangan pertama terpaksa memendam cinta agungnya pada kasya demi kebahagiaan orang yang disayangi...

iringan lagu yang dipilih sangatlah bersesuaian kerana begitu tinggi nilai kata-kata yang terbit dari liriknya..

p/s:ape saje komen disini,teruskan menonton filem melayu!!

No comments:

Post a Comment