Monday, June 27, 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Bila aku mendengar lagu ni, aku berasa begitu dekat dengan hati ni bila dihayati lirik bait susun katanya. Sila lah hayati bersama yea...hehehe...Don't cry-cry..:)

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Monday, May 16, 2011

penantian sudah berakhir...

penantian kini sudah berakhir...aku tidak perlu menunggu lg sbb telah terbukti segalanya...tidak penah dikisah mengapa harus perlu menanti tetapi sentiasa gembira walau apa pun keputusannya...hehhe...apa maksudnya itu???lallalal..

Saturday, April 2, 2011

mengejar setahun kerja

diam tak diam,hampir setahun aku bekerja dan hampir setahun juga aku meninggalkan zaman belajar di utm skudai...hmm...maksudnya aku semakin menjangkau umur belia.. zaman kian berubah tapi aku rasa aku masih sama seperti dulu...bila agaknya nak berubah yea...

semalam gi cuci rambut for the first time...selalu cuci sendiri je...but totally best sebenarnya...urut kepala basuhkan rambut...rasa melayang-layang jer otak ni...ringan kepala...hehhe...cube la...good therapy jugak...

esok aku kembali ke ofis...kerja menimbun sedang menanti...aku mau 30 jam tapi masih bersyukur ada 24 jam sehari..work faster to gain more...chayok!!

Thursday, March 17, 2011

cuti...cuti

lame tak berblog...heheh...well..hari ni aku cuti. esok pun same jugek...kawan baik aku kawin..kawan dari darjah 4 smp skg...tak sangka dah kawin dah...hmm...mcm baru semalam jer kat sek duk lari sana sini...padahal pengawas..org len duk berdiri tengah panas lepas rehat..kami berlari-lari dalam bangunan...alasan jaga org tak duk dalam kelas...heheh...men sembunyi2 dalam library la..hehe..kenangan lama...skg masuk ke alam lain sudah...ah, semoga kema akan hidup bahagia selamanya ek..saya masih di sini seperti dahulu dan takkan penah berubah kerana saya tetap saya...luv u...

Tuesday, February 1, 2011

haiya!!

Apabila kita menyebut cameron highland, pasti terbayang kesejukan hingga ke tulang rusuk dan tergambar juga bunga-bunga yang mekar berwarna-warni penyeri taman dingin. Bangunan yang berkonsepkan "english style" pasti ingin dilihat untuk mengisi keinginan memuncak ke luar negara. Apakan daya, hajat belum tercapai, jadi cameron highland, destinasi terbaik untuk disinggah.
Memanjat kecuraman cerun ke cameron dari simpang pulai menjadi pilihan saya dan keluarga. Perjalanan dari sana dirasakan lebih selamat dan tidak terlalu merbahaya kepada pemandu baru seperti saya. Sepanjang perjalanan, sikap berjaga-jaga sentiasa ada memandangkan kes terbaru kemalangan melibatkan sebuah bas yang mengorbankan ramai pelancong asing berlaku di kawasan itu. Namun kesedaran sivik bagi pemandu lain masih kurang. Tidak menghiraukan keselamatan penumpang di dalam kenderaan, masih ada pemandu yang bersikap kurang peka terhadap jalan yang berbengkak bengkok. Kelajuan menjadi keutamaan dan kemungkinan lain ditolak bulat-bulat. Aku hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak setuju dan berdoa mereka akan selamat sampai.
Dalam hati, semakin seronok merasai titisan air halus tanda kabus makin tebal ketika ingin menuju ke tanah rata cameron. Udara luar dinikmati sambil pelbagai cerita dikongsi bersama. Namun, kegembiraan ini tidak bertahan lama. Kesal dan kecewa ditambah perasaan tidak puas hati. Cameron highland menjadi destinasi pelancongan Malaysia dicemari dengan longokan sampah yang teramat busuk sehingga tidak tertahan dek akal hanya disebelah jalan raya sebelum sampai ke tanah rata cameron. Oh, sungguh malu rasanya memikirkan pandangan pelancong asing terhadap kawasan itu. Apakah ini yang ingin dijadikan memori terindah pelancong asing? Perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini sebenarnya memberikan kesan yang lebih tragis untuk jangka masa yang lama..

Bilakah semua ini akan berakhir?Sedarlah wahai rakyat Malaysia.Kita cuba banggakan negara luar yang mempunyai nilai sivik yang tinggi tapi kenapa masih tidak setiap seorang daripada kita mengamalkannya supaya kelak anak bangsa kita bangga dengan nilai yang kita ada sendiri.