Saturday, February 6, 2010

sudut novel : benci tp sayang....

Luluh hati Alisya apabila mengetahui seseorang yang dia sangat sayangi mendustai sesuatu. Bertambah rumit apabila diketahui daripada orang lain. Dia tidak memberi reaksi semasa menerima perkhabaran itu ketika berhadapan orang ramai tetapi hatinya terus menangis tidak berlagu. Apakah benar semua ini? Hatinya cuba menidakkan perkara itu tetapi dia tidak dapat menahan lagi. Lalu diberitahui orang yang disayangi itu melalui sms. "Jangan ko kacau hidup aku lg...aku benci ko...aku tak suka ko...pegi ko dari hidup aku..." Alisya menangis sendirian. Kemudian sms berbalas. "what do you mean?. Alisya semakin marah dengan sms yang diterima. Lalu diluahkan segala kemarahan itu. Sebenarnya kemarahan itu diselangi dengan perasaan sedih dan sayang. Tapi ternyata orang yang menerima sms itu tidak dapat membaca isi hati Alisya.

Alisya terus terpaku dan merana menerima sms seterusnya. Dia terus dimaki hamun dengan alasan Alisya menuduh si penerima sms. Alisya cuba kembali bersikap rasional. Sayang dan kasih Alisya tidak pernah hilang. Si dia tidak menyedari semua itu. Lalu Alisya menerima semua sms itu dengan redha. Alisya masih mengharapkan si dia cuba menidakkan semua itu tetapi tetap tidak berhasil. Alisya mengeluh hampa dan tamatlah perhubungan yang dia bina selama bertahun lamanya. Dengan perasaan sedih teramat sangat, Alisya bertekad berlalu pergi...