Friday, January 8, 2010

aku wanita biasa...

apabila aku berada dalam situasi aku wanita biasa yang mungkin pernah terluka dalam percintaan...aku mulai takut untuk memikirkan perkataan "cinta" sekali lagi...perkataan itu buatkan aku keliru sama ada masih wujud "cinta sejati" untuk wanita biasa seperti aku...bukan sekadar bercinta untuk merasakan nikmat berdua atau tidak kesunyian tetapi bercinta dengan meletakkan kasih sayang yang utuh di tempat yg paling tinggi antara dua hati...sukar untuk berjauhan daripada kenangan lalu kerana sekali lagi aku wanita biasa..dan kenangan itu pula menjerat aku untuk terus bergelumang dengan kasih yang mungkin sejati...tetapi kekerapan memikirkan ianya tidak akan sejati menyebabkan aku cuba melarikan diri dari keadaan itu....

Ya Allah, semoga engkau tetapkan hati ini dan percaya akan sesuatu yg mungkin terbaik untukku...maafkan aku jika aku masih belum teguh mempercayai hati ini....

No comments:

Post a Comment