Sunday, May 2, 2010

tips memujuk...

apabila berkasihan...pasti perkataan "merajuk" akan muncul..bagi yg biasa berkasih...merajuk adalah perkara biasa...keadaan merajuk wujud berdasarkan sebab2 tertentu...

1.cemburu
2.terkilan/terasa hati
3.menginginkan belaian daripada tersayang
4.tidak dapat sesuatu yg diingini

jika pasangan anda merajuk...atau menunjukkan tanda2 yg die sedang berubah perasaan...maka seharusnya anda lebih peka terhadap keadaan tersebut supaya anda cepat2 mencari penyelesaiannya...caranya sangat la mudah...jika anda peka dan terus melakukan beberapa tindakan yg dapat meraih kembali rasa cinta dan sayang...pasti pasangan anda akan kembali normal kerana kasih sayang yang utuh akan melenyapkan rasa marah dan sebagainya...

di antara tips untuk memujuk ialah :

1. terangkan perkara sebenar dengan lembut dan baik...banyakkan bersabar kerana pasti berlaku perbalahan sebentar sementara pasangan anda cuba memuaskan hatinya bahawa anda sayang padanya dan tiada org lain di hati anda.

2.banyakkan bertolak ansur dan cuba mendengar rintihan hatinya..kemudian buat keputusan yang bijak dan logik..boleh diselitkan humuor supaya dapat mengurangkan ketegangan.

3.gunakan perkataan manja dan kata-kata cinta supaya hati pasangan anda kembali mekar dengan cinta anda..jangan malu atau segan untuk menunjukkan perasaan yang lahir dari hati anda kerana pasangan anda pasti merasa lega apabila mengetahui dengan jelas bahawa anda mengasihinya.terkadang ayat2 power itu akan menghangatkan lagi hubungan anda..

sentiasa menyelesaikan masalah dengan sabar dapat memastikan hubungan anda berpanjangan...jgn mudah berputus asa jika anda benar-benar yakin bahawa itulah pasangan anda..buruknya harus diperbetulkan dengan kata-kata halus dan memuji..yg baik harus diperkatakan supaya pasangan anda sentiasa cuba melakukannya..

2 comments: