Saturday, March 27, 2010

aku keliru...terus keliru...masih keliru....

aku merasakan kekeliruan telah menjadi kawan karibku buat masa ini....aku ingin tinggalkan kekeliruan tapi aku x mampu...kekeliruan terus menemaniku di masa siang mahupun malam...aku masih cuba mengatasi kekeliruan ini tanpa meminta bantuan sesiapa tetapi aku bakal mengalah tidak lama lagi apabila aku mula menemui kebuntuan dalam menyelesaikan kekeliruan...maka hanya Yang Satu dapat membantu aku...lalu akan aku aturkan masa yang sesuai supaya ketenangan menjadi milik hatiku kembali...halamak...kalu korang baca ni mesti pening...adoiya...tapi mmg aku tgh penin pun...ada 2 3 masalah yg x selesai lg...harap2 korang doakan aku yea...

Sunday, March 7, 2010

patri-jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Friday, March 5, 2010

what'up...what'up...

dah lama aku x tuleh apa2 ek...
rini baru cam ada masa skit...bkn nya apa..satu sbb intenet kat kolej aku ni kadang2 demam,sakit perut la...sakit pinggang la...skg ni baru sehat skit...
well...sejak akhir-akhir ini...mmg sangat busy...tahun akhir katakan...sibuk wat projek la...assignment la...test la...terkejar sana terkejar sini...kadang2 hapi...kadang2 sedey pulak..time tension habes tu..mmg la rasa cam nak humban semua org dlm longkang...

hari ini mmg hari aku berehat saja...aku bgn pg...eh bukan pagi dah....tgh hari terus..heheh...pastu makan la apa lg...perut dah nyanyi lagu rap dah...pastu aku tgk muvi...muvi menari-nari...so kaki aku pun jadi ringan la...sbb nak menari jugak...hehe..aku rasa kena amik kelas menari jugak nanti...pastu terus men volley...
cerita pasai men volley ni...aku n budak kelas aku dah men volley sejak taun 1 lagi...masa tu men mmg semua xpandai pukul bola...penat bkn sbb men tp penat kejar bola luar court.tp sekarang semua dah mantap dh...kurang sgt bola ke laut...mmg sangat best dah men...tp makin ramai pulak org nak berebut court ngn kiteorang....
mula-mula ngn pak arab...pastu ngn budak laki...pastu ngn makcik2 pulak...
bila kiteorang dpt court dulu...kiteorang mmg x bg org len men...masa dioerang dpt court...kiteorang pun x men kat situ..tp mulut tak puas ati je yg men...hehhe...sama la jugak dioerang yg x dpt court...mulut pun bejalan jugak...

entah la apa yg nak dikatakan di sini...sifat tolak ansur tu xwujud agaknya...atau siapa salah siapa betul...aku pun confius...salah tapi tak salah...betul tp x betul..hmm...renung-renungkan....

Saturday, February 6, 2010

sudut novel : benci tp sayang....

Luluh hati Alisya apabila mengetahui seseorang yang dia sangat sayangi mendustai sesuatu. Bertambah rumit apabila diketahui daripada orang lain. Dia tidak memberi reaksi semasa menerima perkhabaran itu ketika berhadapan orang ramai tetapi hatinya terus menangis tidak berlagu. Apakah benar semua ini? Hatinya cuba menidakkan perkara itu tetapi dia tidak dapat menahan lagi. Lalu diberitahui orang yang disayangi itu melalui sms. "Jangan ko kacau hidup aku lg...aku benci ko...aku tak suka ko...pegi ko dari hidup aku..." Alisya menangis sendirian. Kemudian sms berbalas. "what do you mean?. Alisya semakin marah dengan sms yang diterima. Lalu diluahkan segala kemarahan itu. Sebenarnya kemarahan itu diselangi dengan perasaan sedih dan sayang. Tapi ternyata orang yang menerima sms itu tidak dapat membaca isi hati Alisya.

Alisya terus terpaku dan merana menerima sms seterusnya. Dia terus dimaki hamun dengan alasan Alisya menuduh si penerima sms. Alisya cuba kembali bersikap rasional. Sayang dan kasih Alisya tidak pernah hilang. Si dia tidak menyedari semua itu. Lalu Alisya menerima semua sms itu dengan redha. Alisya masih mengharapkan si dia cuba menidakkan semua itu tetapi tetap tidak berhasil. Alisya mengeluh hampa dan tamatlah perhubungan yang dia bina selama bertahun lamanya. Dengan perasaan sedih teramat sangat, Alisya bertekad berlalu pergi...

Sunday, January 31, 2010

it's complicated...

sejak aku ada blog ni...aku akan cerita sesuatu yang aku rasakan perlu dimuatkan kat sini sebagai sesuatu yang berharga utk aku kenang...aku juga berharap orang lain boleh menikmatinya sebagai penyeri hidup...hidup ini akan sempurna jika masing-masing cuba berkongsi...tak kirala kongsi apa pun...dan aku nak kongsi cerita aku dengan semua...

aku rasa semua dah biasa dengan status "it's complicated " dan aku dah biasa dengan status "single"...heheh...namun aku x sangka aku sebenarnya dalam situasi status yang pertama...hmmm...apakah penyebabnya???

aku berkenalan dengan mr.smartiebs sejak 7 tahun yang dulu...lamakan...mula-mula aku kenal die,die tgh couple dgn junior...aku baru je muncul dalam dunia die...aku xkenal sesiapa pun...die la org pertama tegur aku...aku x biasa dengan kaum bkn sejenis...tp aku selambe jer...sepanjang aku kenal die...die ni mmg pelik.....sangat baik sbg kawan tp time angin datang...hoho..cam halilintar...dalam 7 tahun itu..mmg x terkira la aku kena maki hamun..dan sangat pelik seminggu lepas aku kena camtu..die wat2 mcm xpernah berlaku semua tu...padahal aku ni makan hati ulam jantung kot...bila start msg gak, kami kerap bergaduh...masing-masing xnk kalah..kemudian dua-dua diam sbb sakit ati...hahahah...tp persahabatan kami x pernah putus...semua benda aku cita..die pun sama..sapa aku keluaq..sapa aku date...semua aku cita..die dengar je...bila masa aku putus cinta,die jugak jadi pendengar yg setia...same gak die...die cita pasal awek die..apa die wat..masalah die.. pernah satu ketika kami sama2 single..dan kami jadi rapat sangat smp mcm bercinta...tp kami sedar...kami sesuai jadi kawan shj..dan kami terus berkawan seperti biasa..kawan2 aku ingat kami couple sbb msg kami mmg loving...hahah...padahal tak langsung...pelik kan..mcm mana 2 jantina berbeza blh bersahabat tanpa bercinta...hmm...

bila die start keja jauh...kami jarang sms n tepon dah...aku rasa sunyi sangat...sebb bila aku da masalah,dah xde org nak dengar masalah aku...aku recovery sendiri je...kadang2 aku msg die yang aku tau die tak kan balas sbb line xde..cuma aku harap die terima msg tu dan ingat kat aku...satu2 masa...aku rindu sgt kat die...dan pada ketika itu, aku mula fikir apakah takrifan pada hubungan kami??aku rindu,aku sayang..tp kami kawan...hurmm...die pun ada awek..aku pernah tanya die, apakah perasaan sayang dan rindu aku ni beerti dan jawapan die sama dengan aku...die juga sangat sayang dan rindu dekat aku..lalu aku bertanya lagi..apakah maksud hubungan ini??lalu jawapannya it's complicated...perhubungan yg tiada takrifan tepat...

aku pernah terfikir adakah aku perlu lanjutkan kasih sayang ini...tp aku xnak jadi perampas sbb aku juga perempuan yang tak suka memutuskan hubungan orang lain atau menimbulkan kekacauan terhadap kasih sayang org lain...yang penting aku pernah cemburu akan die dan die juga begitu...aku sedar akan itu..tp kami tiada jalan penyelesaian...lalu,aku mengambil keputusan utk mengundur diri walaupun aku sayang akan berhubungan ini...demi kebaikan semua..aku undur diri... adakah betul tindakan aku??

Friday, January 15, 2010

i miss....

i miss :

1. days that left behind without values
2. my late best friends who always beside me
3. someone who has been with me before
4. knowledge that has been forgotten
5. myself who always strong in every way
6. my mum and dad and times when i were their sweet child

finally....i miss u...

Friday, January 8, 2010

aku wanita biasa...

apabila aku berada dalam situasi aku wanita biasa yang mungkin pernah terluka dalam percintaan...aku mulai takut untuk memikirkan perkataan "cinta" sekali lagi...perkataan itu buatkan aku keliru sama ada masih wujud "cinta sejati" untuk wanita biasa seperti aku...bukan sekadar bercinta untuk merasakan nikmat berdua atau tidak kesunyian tetapi bercinta dengan meletakkan kasih sayang yang utuh di tempat yg paling tinggi antara dua hati...sukar untuk berjauhan daripada kenangan lalu kerana sekali lagi aku wanita biasa..dan kenangan itu pula menjerat aku untuk terus bergelumang dengan kasih yang mungkin sejati...tetapi kekerapan memikirkan ianya tidak akan sejati menyebabkan aku cuba melarikan diri dari keadaan itu....

Ya Allah, semoga engkau tetapkan hati ini dan percaya akan sesuatu yg mungkin terbaik untukku...maafkan aku jika aku masih belum teguh mempercayai hati ini....