Apabila kita menyebut cameron highland, pasti terbayang kesejukan hingga ke tulang rusuk dan tergambar juga bunga-bunga yang mekar berwarna-warni penyeri taman dingin. Bangunan yang berkonsepkan "english style" pasti ingin dilihat untuk mengisi keinginan memuncak ke luar negara. Apakan daya, hajat belum tercapai, jadi cameron highland, destinasi terbaik untuk disinggah.
Memanjat kecuraman cerun ke cameron dari simpang pulai menjadi pilihan saya dan keluarga. Perjalanan dari sana dirasakan lebih selamat dan tidak terlalu merbahaya kepada pemandu baru seperti saya. Sepanjang perjalanan, sikap berjaga-jaga sentiasa ada memandangkan kes terbaru kemalangan melibatkan sebuah bas yang mengorbankan ramai pelancong asing berlaku di kawasan itu. Namun kesedaran sivik bagi pemandu lain masih kurang. Tidak menghiraukan keselamatan penumpang di dalam kenderaan, masih ada pemandu yang bersikap kurang peka terhadap jalan yang berbengkak bengkok. Kelajuan menjadi keutamaan dan kemungkinan lain ditolak bulat-bulat. Aku hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak setuju dan berdoa mereka akan selamat sampai.
Dalam hati, semakin seronok merasai titisan air halus tanda kabus makin tebal ketika ingin menuju ke tanah rata cameron. Udara luar dinikmati sambil pelbagai cerita dikongsi bersama. Namun, kegembiraan ini tidak bertahan lama. Kesal dan kecewa ditambah perasaan tidak puas hati. Cameron highland menjadi destinasi pelancongan Malaysia dicemari dengan longokan sampah yang teramat busuk sehingga tidak tertahan dek akal hanya disebelah jalan raya sebelum sampai ke tanah rata cameron. Oh, sungguh malu rasanya memikirkan pandangan pelancong asing terhadap kawasan itu. Apakah ini yang ingin dijadikan memori terindah pelancong asing? Perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini sebenarnya memberikan kesan yang lebih tragis untuk jangka masa yang lama..
Bilakah semua ini akan berakhir?Sedarlah wahai rakyat Malaysia.Kita cuba banggakan negara luar yang mempunyai nilai sivik yang tinggi tapi kenapa masih tidak setiap seorang daripada kita mengamalkannya supaya kelak anak bangsa kita bangga dengan nilai yang kita ada sendiri.
Tuesday, February 1, 2011
Monday, December 20, 2010
Penantian

Sehidup semati aku berjanji,
Akad nikah ikatan murni,
Janji terukir aku tepati,
Demi teruna bergelar suami,
Lara hati mekar berbunga,
Puas dinanti tak kunjung tiba,
Harapan menggunung sentiasa bersama,
Pungguk menanti bulan setia,
Bantulah aku wahai pencipta,
Jauhkan zina jauhi neraka,
Terus aku terus meneka,
Gerangan dia raja kesuma,
Menanti aku disini menanti,
Ingin bergelar seorang isteri,
Masih suci masih berseri,
Untuk lelaki pemilik hati...
Saturday, December 11, 2010
close to...
tak sangka sudah hampir setengah tahun aku bekerja...sekejap saja masa berlalu...selama itu juga aku kurang menulis blog...hmm...hari ni baru terlanjur untuk menulis sesuatu...
aku kini masih menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja juga tempat baru aku menetap...cuba untuk memahami keadaan di sana..untuk hidup sendiri, aku sudah terlalu biasa....di rumah aku seharian sendiri...masih tiada housemate...huhuh...bila di tempat kerja..jadual yang tidak menentu menyebabkan aku selesa untuk bersendiri...tapi pasti tak lama dalam kesendirian sebab ada sahaja yang ingin mengetuk pintu bilik...itu bukan satu masalah bagi aku...selagi ada manusia2 yang inginkan ilmu yang aku ada...tak lokek untuk aku memberi...kalu disimpan apa untuknya kan??menyentuh tentang apa yg aku makan...jgn ditanya..masak memasak ni hujung jari saja tapi jangan dipersoalkan apa nama masakannya...sesedap rasa aje..janji perut kenyang..hehehe...gitu la idup sendiri..tidur aku tiada yg tetap...kalu mata mengantuk pukul 8,8 jugak terbongkang...kalu terjaga lewat malam, perut pula berbunyi...tidak dikira orang tidur...masak jugak aku makan..
yang paling tidak terurus,keta aku la...sekejap ujan sekejap cerah...jadi keputusan terbaik..color putih saga bertukar jadi teh susu...hahahah...org kata perempuan jaga keta....tapi aku..hampeh...tak dak maknanya..sabar yea cek pooh..bukan salah saya tak mandikan kamu tapi ujan yg salah...heheh
utk pengetahuan semua...semakin ramai juga kawan2 aku mula mendirikan rumah tangga..agaknya sudah bosan untuk sendiri..hahha..aku?tak bosan ker??tapi syok juga dieorang kawin sbb aku blh jumpa kawan2 lame..kawan sek rendah yg dah berpuluh taun tak jumpa pun boleh bersua balik...masa tu mula la tanya macam2...siap bergambar sbg kenangan...bkn senang nak berkumpul semula..nak harapkan re-u..ada saja masalhnyer..kekangan beratur aje...isk3...
lepas ni...mintak2 la aku rajen menulis skit...boleh jadikan ingatan tuk selamanya...doakan yok!!

Tuesday, September 14, 2010
start new life again...
Oh God, i have to start new life again...everything will be new again...again and again...i'm tired to do so cause i wanna routine for several years before start new life...unfortunately, this will not happen to me...lots of changes sometimes bother me...oh, why this keep happen to me...why???please, Allah, i'm pray for you with humble...please love me and keep me in calm always so that i can face everything with full of strength
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 28, 2010
tolong paham!!
bulan posa ni...mmg banyak sungguh dugaan hidup...masa ni la pun keta baru nak bercalaq...mmg bengong betui la org yg buh keta tepi tembok ni...agak2 ler nak letak keta pun...cube ke dlm skit...tak la pulun aku nak mengelak tembok kena keta ko...ikut kan hati...nak aku pancitkan tayar keta ko...naseb bek sama2 dah calaq...puas ati aku!! cuma skg sakit mata nak tgk keta yg bercalaq itu...tp life still go on...so lantak ler...hahahah
Wednesday, August 18, 2010
Fasa Baru
Pada umurku 23 tahun, aku telah melakukan perubahan dalam kehidupanku. Dari fasa alam pengajian ke dunia pekerjaan. Fasa itu telah membawa satu pembaharuan dalam hidupku. Dulu, aku sentiasa berkejaran ke sana ke mari utk menyiapkan assignment dan study. Masih ada kawan-kawan utk enjoy bersama, bergosip. Sekarang, tiada assignment yg perlu disiapkan tapi ada lecture notes dan tutorial yang perlu dilihat dan diajar kepada pelajar. Dulu juga, masa tidurku tidak penah teratur. Tapi sekarang, tepat pukul 12 atau seawal pukul 10, aku dah tidur walaupun aku pegi keja pada pukul 9 pg. Heheheeh....bertambah masa tidur.
Skg,aku dah ada office, keta and rumah sewa sendiri. Perbezaan masa antara aku tamat belajar dan aku mula bekerja hanyalah 2 bulan. Dalam masa 2 bulan semua dah berubah. Hmm...aku pun tak sangka aku dah berada di tempat aku sekarang. Namun, apa yg penting, misi utk menyambung master masih belum tercapai. Harap-harap, bila semua dah stabil, misi itu akan jadi kenyataan.
P/s : tolong doakan aku utk kejayaan hidupku.
: nanti aku upload gmbr office n keta aku...

Subscribe to:
Posts (Atom)